Make your own free website on Tripod.com

 
PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
:

  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di daerah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
  • Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan - Murid, Guru, Masyarakat (Ibu bapa) dan Negara/Kerajaan.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
  • Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kulai diberi jawapan dalam masa dua minggu dari tarikh surat diterima.
  • Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik